Ilmu kurang wajib ditambah, bangun berlari setelah rebah. Selamat datang ke laman interaksi Ezura :)

Feb 17, 2013

TUGASAN BERKUMPULAN 3 TABLIGH



Ini juga sebahagian daripada tugasan KOMSAS mereka secara berkumpulan. Tajuk yang mereka ditugaskan ialah Pantun Empat Kerat (Muafakat). Mereka diberi masa persediaan lebih kurang sehari sahaja sebelum membuat persembahan ringkas kepada saya. Alhamdulillah, mereka sangat bersemangat dan memberikan respon positif dalam memenuhi silibus tingkatan 3. Tidak pernah sekalipun saya memandang rendah pada kebolehan mereka cuma mungkin ini kali pertama diberi tugasan sebegini. 









Menjadi guru Bahasa Melayu 3 Tabligh selama 3 tahun berturut-turut membuatkan saya dengan ikhlasnya sangat mengagumi mereka. Walau bagaimanapun, saya sangat berharap usaha mereka diiringi dengan doa agar cita-cita pelajar-pelajar ini tercapai... Mereka akan jadi yang terbaik, inshaAllah... :) Mungkin terdapat sedikit kekurangan pada persembahan mereka, yang paling penting tugasan itu selesai dengan jayanya.... Tahniah kepada 3 Tabligh...



Jan 30, 2013

AKTIVITI KUMPULAN PERTAMA 5 SIDIQ

Persembahan Pelajar Puteri

Persembahan Pelajar Putera



Sekalung tahniah buat mereka kerana berjaya melaksanakan tugasan secara berkumpulan.... Mereka cuma diberi masa selama 15 minit sahaja untuk membuat persediaan.... Kalau dilihat mereka masih ada perasaan segan silu... Entah kenapa... Mungkin sebab ini percubaan pertama mereka.... Walaupun begitu, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana tidak menghampakan saya..... Ini merupakan salah satu silibus KOMSAS tingkatan 5 mereka... Pantun Enam Kerat diaplikasikan dalam memasukkan alunan lagu pilihan mereka.... 


Gurindam Pembuka Bicara

Orang berilmu darjatnya tinggi,
Dipandang mulia ke mana pergi.
Hidup berilmu pasti mudah,
Hidup beriman semakin indah.
Mencari ilmu janganlah malu,
Selalu berfikir lidah jadi kelu.
Satu kewajipan menuntut ilmu,
Terus mencari janganlah jemu.
Semoga ilmu mudah dipelajari,
Di internet juga boleh dilayari.